Jenayah

Kes rogol bawah umur meningkat

ALOR GAJAH : Peningkatan kes rogol bawah umur yang direkodkan di Melaka meningkat dari lapan kes pada tahun 2015 kepada 10 kes tahun lalu.

Berikutan itu, Timbalan Ketua Polis Melaka, Datuk Ruslan Hassan berkata, pihaknya akan memperluaskan program pendedahan berkaitan undang-undang jenayah rogol bawah umur di negeri ini.

Menurutnya, pihaknya memandang serius perkara itu dan akan mengambil satu ketetapan untuk memperkasakan program penerangan terutama di peringkat sekolah sebagai salah satu usaha mengurangkan kes rogol.

“Kebanyakan mereka tidak mengetahui hukuman yang boleh dikenakan ke atas pelaku biarpun kesalahan berkenaan dilakukan dengan kerelaan mangsa.

“Apa yang saya nak bangkitkan di sini, kes bawah umur kerelaan bukan satu isu. Kalau pelajar perempuan rela, dalam undang-undang tidak perlu kita buktikan kerelaan, walaupun suka sama suka,” katanya, memetik laporan Sinar Harian.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan Program Jom ke Sekolah 2017 peringkat negeri dan peti aduan, di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Paya Rumput, di sini, semalam.

Hadir sama, Timbalan Pengarah Pendidikan negeri, ,Mohd Rashid Mohd Sidek dan Pengetua SMK Paya Rumput, Rubaiya Abu Nawas.

Sementara itu, Mohd Rashid berkata, kewujudan peti aduan di sekolah dapat membantu pihak polis memperoleh maklumat kes yang melibatkan salah laku pelajar sama ada dalam dan luar kawasan sekolah.

Menurutnya, medium berkenaan merupakan pendekatan kepada pihak sekolah dan juga Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) untuk mereka mengambil tindakan seterusnya mengurangkan masalah disiplin melibatkan golongan sasaran.

“Ini juga satu langkah membantu mengurangkan KPI Kementerian Pendidikan Malaysia melibatkan masalah disiplin pelajar di negeri ini.

“Apabila ada maklumat, lebih mudah untuk kami ambil tindakan sama ada dari segi penambahbaikan dan susulan berdasarkan informasi yang diberikan,” katanya.

Dalam pada itu, Ruslan turut melawat booth pameran pelajar yang terdiri dari pelbagai persatuan dan mata pelajaran.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");