Berita Hari Ini

Khalid Nafi Waris Jong Nam Tiba Di Malaysia

SEPANG: Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menafikan laporan bahawa waris Kim Jong-nam akan tiba pada Sabtu untuk membantu mengenal pasti mayat mangsa.

Beliau berkata timbalannya, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim telah disalah petik dalam mengatakan bahawa seorang ahli keluarga mangsa “dijangka tiba di Malaysia” untuk mengenal pasti dan menuntut mayat.

“Beliau telah disalah petik. Kita tak tahu jika ada perancangan daripada ahli keluarganya untuk datang, tapi kita masih menunggu waris tampil ke hadapan,” kata Khalid, memetik laporan mstar.

Sehingga kini polis menahan empat individu bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Polis telah mengenal pasti bahan kimia yang digunakan dalam pembunuhan itu sebagai agen saraf VX.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");