Berita Hari Ini

KKLW adakan hari bersama SPRM 8 Mac

SERDANG – Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) akan menganjur Hari KKLW Bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam usaha membendung kes rasuah dan salah laku dalam kalangan warga kementerian pada 8 Mac depan di Putrajaya.

Menterinya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pertemuan setengah hari itu juga akan mendedahkan dan melengkapkan para pengawai mengenai pengetahuan mengenai prosedur kewangan yang ditetapkan oleh kerajaan serta kesalahan di bawah Akta SPRM.

Beliau berkata berkongsi isu dan perundangan berkaitan penyelewengan amat perlu diadakan dalam kalangan warga kementerian, jabatan, agensi serta ketua pegawai esekutif anak syarikat ekoran beberapa kes melibatkan kementerian baru-baru ini.

“Ada kalanya kita semua kurang arif dengan tindakan yang mungkin kita anggap tidak salah, tetapi ia salah di bawah peraturan undang-undang. Ada perkara yang boleh dibuat dan ada yang tidak boleh dibuat akan diperjelaskan secara teliti.

“Lebih penting, sekiranya perkara-perkara yang melibatkan perolehan agar mereka berkaitan tidak terkeliru dan terperangkap dengan sikap jahil mereka kerana jahil bukanlah alasan untuk melepaskan diri di sisi undang-undang,” katanya kepada pemberita.

Ismail Sabri merasmikan Majlis Perkhidmatan Cemerlang KKLW yang berlangsung selama tiga hari di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) di sini hari ini.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");