Berita Hari Ini

KKLW Peruntuk RM171.4 Juta Untuk Projek Bekalan Air Bersih

MARANG: Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) memperuntukkan sebanyak RM171.4 juta bagi melaksanakan projek menyediakan bekalan air bersih di seluruh negara, tahun ini.

Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) KKLW, Datuk Dr Ahmad Jailani Muhamed Yunus, berkata sebahagian daripada peruntukan itu juga akan digunakan pihaknya untuk meneruskan projek sistem retikulasi Bekalan Air Luar Bandar (BALB) membabitkan 1,000 rumah di kawasan luar bandar tahun ini.

“Sebanyak 1,042 kediaman luar bandar sudah mendapat manfaat melalui projek BALB bernilai RM58 juta tahun lalu.

“Tahun ini, kita akan meneruskan projek BALB bagi membantu masyarakat luar bandar yang berdepan masalah mendapatkan bekalan air bersih,” katanya, lapor Berita Harian.

Perasmian dilakukan Ahli Dewan Undangan Negeri Pengkalan Berangan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan negeri, A Latiff Awang.

Sementara itu, A Latiff berkata, sebanyak 96 peratus penduduk di negeri ini mendapat bekalan air bersih.

“Pada tahun lalu sebanyak RM4 juta diperuntukkan KKLW kepada negeri ini bagi melaksanakan projek BALB membabitkan 26 kampung meliputi 426 rumah.

“Walaupun kes tidak mendapat bekalan air bersih dan terawat di Terengganu adalah kes terpencil, kerajaan negeri masih memerlukan sokongan KKLW kerana terdapat beberapa kawasan pedalaman belum mendapat bekalan air bersih, selain pertambahan kawasan penempatan dan taman perumahan baharu,” katanya

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");