Berita Hari Ini

KKM kata tak munasabah

Kuala Lumpur: Virus Machupo bukan bawaan melalui ubat tablet paracetamol seperti yang tersebar di media sosial, hari ini, tegas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Pakar Perubatan Keluarga KKM, Dr Suhazeli Abdullah, dalam satu kenyataan, menjelaskan mesej yang tidak bertanggungjawab itu menyebut kononnya doktor mengesahkan virus terbabit terdapat dalam ubat paracetamol P/500mg.

“Virus Machupo memang wujud tetapi bukan bawaan melalui ubat tablet paracetamol kerana virus berkenaan boleh merebak melalui kencing atau najis tikus yang telah dijangkiti (sebaran udara-aerosal).

“Jika virus ini dilepaskan dari perumah (tikus), ia hanya boleh hidup dalam darah sekitar dua minggu sahaja dan virus ini tidak sesekali boleh hidup dalam persekitaran kering,” katanya.

Oleh itu, katanya, adalah tidak munasabah jika paracetamol yang kering dan sudah melalui proses pengilangan tercemar dengan virus Machupo.

“Malah, tiada kes pun sehingga ini dilaporkan dan jika sahih berlaku kes seperti didakwa sekalipun, sudah tentu pihak berwajib seperti KKM akan mengambil langkah segera untuk menarik balik pruduk iu daripada dalam pasaran,” katanya.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");