Berita Hari Ini

Korea Utara mahu adakan siasatan bersama

KUALA LUMPUR – Korea Utara hari ini mencadangkan penyiasatan bersama dengan Malaysia kes pembunuhan Kim Jong-nam, abang pemimpin tertinggi Korea Utara Kim Jong-Un.

Duta republik itu di Malaysia, Kang Chol, berkata cadangan itu dibuat bagi mendapatkan penjelasan lebih baik tentang pembunuhan itu.

“Jika Malaysia bersetuju dengan cadangan kami, kami akan menghantar delegasi peguam untuk menyertai penyiasatan bersama-sama polis Malaysia,” katanya dalam sidang media di kedutaan di sini.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");