Perak Hari Ini

Kritik Kutip Sampah, Zambry Tak Kisah

LUMUT:Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir sama sekali tidak terkesan dengan kritikan dilontarkan oleh Adun pembangkang Nga Kor Ming berhubung lawatan mengejutnya bersama Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) yang meninjau serta menjalankan kerja pembersihan semalam.

Malah jelas Zambry, Nga Kor Ming sememangnya terkenal dengan sikap celuparnya dan kerap mencari kesalahan orang lain.

“Nga Kor Ming selalu celupar kerana mungkin dia sakit hati dan saya juga tidak tahu mengapa …sebagai wakil rakyat dia tak buat apa? 

“Saya cuba mewujudkan suasana bersih di bandaraya Ipoh ini sepatutnya sokonglah …bukan maki hamun di twitternya.

“Dia sebagai Adun kawasan itu patutnya sertai sekali tetapi memang Nga Kor Ming terkenal dengan mulut celuparnya inilah wataknya,” katanya kepada media hari ini.

Tegas beliau lagi, paling utama adalah yang dilakukan olehnya datang dari keikhlasan diri.

“Jika tidak bawa media siapa ingin menceritakan peristiwa itu?

“Salahkah saya merasai pekerjaan mereka bukan hanya memberi arahan semata,” katanya lagi.

Tambah Zambry lagi, aktiviti sedemikian bukannya perkara baharu dilakukannya terutamanya di bandaraya Ipoh yang sudah banya kali dijalankan.

Malah jelas Zambry usaha murni itu akan diteruskan di lokasi yang lain pula.

Katanya, biarpun ada pihak yang dilihat tidak senang dengan usaha yang dilaksanakan itu, usaha itu akan diteruskan bagi memastikan tahap kebersihan terbaik dan tindakan terbaik dilakukan pihak berkenaan.

Tindakan Zambry bersama-sama pekerja kebersihan MBI melaksanakan kerja mengutip sampah di beberapa kawasan di sekitar bandar raya Ipoh kelmarin  mendapat lebih 400,000 likes selepas dimuatnaik dalam facebook miliknya.

Selain itu ia turut menerima ribuan komen membina serta memberikan cadangan penambahbaikan dalam memastikan tahap kebersihan di negeri Perak terus dipelihara.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");