Jenayah

Kru feri jatuh ke laut ditemukan mati lemas

KUALA PERLIS : Kru feri yang dilaporkan hilang selepas terjatuh ke laut pada kira-kira 8.50 malam tadi, ditemukan mati lemas berhampiran Terminal Feri Kuala Perlis di sini pada kira-kira 12 tengah hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kangar, Deputi Superintendan Zaini Talib berkata, mayat Firdaus Mohamad Zulkifli, 20, yang berasal dari Baling ditemukan kira-kira 50 meter dari terminal itu oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR).

Mayat dihantar ke Hospital Tuanku Fauziah di Kangar untuk bedah siasat sebelum urusan pengebumian, katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Firdaus dilaporkan terjatuh dari feri ketika cuba menutup pintu sebuah lagi feri bersebelahan dengan feri penumpang yang dinaikinya pada kira-kira 8.50 malam tadi.

Zaini berkata, operasi SAR yang bersambung pada pagi ini membabitkan pencarian di kawasan seluas kira-kira 56 kilometer persegi bermula dari Kurong Tengar hingga Kuala Sungai Baru di sini membabitkan tujuh bot dan 122 anggota.

Sementara itu, bapa mangsa, Mohamad Zulkifli Md Isa, 50, ketika ditemui pemberita berkata dia dimaklumkan mengenai kejadian yang menimpa anak sulungnya

itu oleh kawan anaknya yang juga bekerja sebagai kru feri.

“Saya mendapat panggilan daripada kawannya pada kira-kira pukul 10 malam tadi dan kami (saya dan isteri Zaiton Saidin, 50,) bergegas datang ke sini dari rumah kami di Kampung Bukit, Baling.

“Tak sangka dia pergi dahulu sebelum kami,” katanya dengan sayu.

Selain Polis Diraja Malaysia (PDRM), agensi yang terbabit dalam operasi SAR berkenaan ialah Pasukan Polis Marin (PPM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan Jabatan Laut Malaysia (JLM).

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");