Berita Hari Ini

KWP Kaji Semula Laluan Berbasikal Waktu Malam

KUALA LUMPUR: Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) akan mengkaji semula laluan berbasikal waktu malam di lokasi aktif aktiviti itu terutama Putrajaya.

Ketua Setiausahanya, Datuk Seri Adnan Md Ikhsan berkata, ia bertujuan mengelak kemalangan maut membabitkan penunggang basikal berulang seperti tragedi lapan pelajar dirempuh kereta ketika berbasikal secara berkumpulan di Jalan Lingkaran Dalam berhampiran perkuburan Mahmoodiah, Johor Bharu, awal pagi tadi.

Beliau berkata, kementerian akan meneliti lokasi yang mempunyai infrastruktur jalan raya lengkap termasuk lampu jalan sebagai laluan berbasikal.

“Di Wilayah Persekutuan, antara lokasi aktif berbasikal adalah Putrajaya. Justeru, elok kalau kita tengok semula laluan ini kerana sekiranya ada lokasi tanpa lampu jalan, ia membahayakan penunggang basikal,” katanya, lapor Berita Harian.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada program Kenduri 1Wilayah Persekutuan Parlimen Segambut, hari ini.

Yang turut hadir, isteri Menteri Wilayah Persekutuan, Datin Seri Anggraini Sentiyaki; Presiden Parti Progresif Penduduk Malaysia (myPPP), Tan Sri M Kayveas, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mhd. Amin Nordin Abd Aziz dan Pengarah Eksekutif Perancangan DBKL, Datuk Mohd Najib Mohd.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");