Membawang Hari Ini

Kylie mengaku suntik bibir

LOS ANGELES: Anggota keluarga terkenal Kardashian, Kylie Jenner sering mencuri perhatian netizen di laman sosial.

Dengan hampir 90 juta pengikut Instagram, apa saja yang dimuat naik adik kepada Kim ini pasti mencuri tumpuan.

Selain tubuh montoknya, bibir sensual Jenner turut menjadi perhatian netizen. Namun, ada yang menyifatkan bibir seksi Jenner bukanlah asli.

Malah, difahamkan kononnya Jenner melakukan suntikan kolagen pada bibirnya. Namun, bagi model jelita ini, semua itu tidak pernah mematahkan semangatnya.

Malah, Jenner bijak mencaturi kehidupan dengan menceburi dunia perniagaan dalam bidang kosmetik.

Bercakap kepada laman sesawang kecantikan Violet Grey, Jenner mengakui obsesinya terhadap bibir pada pada zaman kanak-kanak membakar semangat untuk membina empayar perniagaan kosmetik.

“Dahulu saya sentiasa obses dengan bibir. Saya mahu ia menjadi lebih tebal sebelum membuat keputusan menyuntiknya,” katanya.

Malah, ketika masih kecil, Jenner sering menganggap bibirnya sangat nipis.

“Saya sanggup menghabiskan masa berjam jam di rumah dengan liner dan gincu semata-mata mahu membuatkan bibir saya jadi lebih tebal,” katanya lagi.

Memetik sumber Agensi, Jenner juga dilihat bijak memanfaatkan pengaruhnya di laman sosial untuk berjaya dalam dunia perniagaan.

“Media sosial adalah segala-galanya kepada saya. Ia boleh jadi ruang negatif kepada selebriti jika salah percaturan. Tapi apa kita akan buat tanpa adanya semua itu,” katanya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");