Membawang Hari Ini

Lady Gaga Terjun Dari Bumbung Stadium Pada Acara ‘Super Bowl’

Apabila tampil membuat persembahan, Penyanyi Lady Gaga sering dikaitkan dengan penampilan peliknya.

Bagaimanapun kemunculan penyanyi berusia 30 tahun itu pada acara Super Bowl pada malam Ahad lalu benar-benar mengejutkan penonton.

Gaga bertindak terjun dari aras bumbung Stadium NRG Houston, Texas sejurus selesai menyanyikan dua lagu pembukaannya iaitu God Bless America dan This Land Is Your Land untuk ke pentas utama.

Tidak kelihatan gementar, Gaga mendarat di atas pelantar sebelum meneruskan persembahannya menerusi lagu seperti Just Dance, The Edge of Glory dan Poker Face.

Persembahan bertenaga selama 15 minit ditunjukkan mendapat tepukan gemuruh daripada peminat yang memenuhi ruang stadium.

“Kami di sini untuk membuat anda gembira,” kata memetik laporan Mstar Online.

Antara lagu lain yang turut dipersembahkan adalah seperti Million Reasons, Telephone dan Bad Romance.

Sementara itu, Gaga turut mengumumkan konsert jelajah dunianya iaitu Joanne sejurus selepas acara itu selesai.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");