Perak Hari Ini

Lari Tinggal Kereta Disyaki Ada Bom

BOTA : Sebuah kereta yang dipandu seorang lelaki yang ditinggalkan berhampiran persimpangan lampu isyarat Jalan Ipoh –Lumut, berhampiran Bota, hari ini disyaki mempunyai ancaman bom.

Seorang penduduk, Zulkifli Mohd Ariffin berkata, dalam kejadian sekitar jam 11 pagi itu, beberapa penduduk yang berada berhampiran tempat kejadian mendengar jeritan lelaki memakai pakaian seperti pakaian seragam pasukan keselamatan itu mengatakan ada bom dalam kereta Mercedes Benz berkenaan.

“Sebaik keluar dari kereta, lelaki tersebut meninggalkannya dalam keadaan enjin hidup sebelum beredar dengan menaiki sebuah kereta yang lain.

“Ketika itu, pelumba Le Tour de Langkawi (LTdL) baru sahaja melalui persimpangan terbabit dalam saingan dari Manjung ke Cameron Highlands. Lelaki itu juga meminta orang ramai lari,”katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Ujarnya lagi, dia dan penduduk yang berada di tepi jalan terkejut dan bertempiaran lari namun ada penduduk yang melihat lelaki tersebut menaiki sebuah kereta lain dan beredar.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superitendan Mohamad Zainal Abdullah ketika dihubungi berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai ancaman bom berkenaan.

Bagaimanapun, pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut bagi memastikan sama ada ancaman tersebut benar atau palsu.

Tinjauan yang dilakukan oleh Perak Today di lokasi berkenaan mendapati kereta tersebut masih berada di persimpangan lampu isyarat dan dikawal oleh pihak polis.

Turut difahamkan, polis masih menunggu Unit Pemusnah Bom (UPB) untuk menjalankan pemeriksaan terhadap kenderaan tersebut.

Pihak polis juga dilihat membawa seorang lelaki yang bergari dan berpakaian seragam warna hijau dipercayai individu yang menjerit mengenai ancaman bom di lokasi kejadian sebelum dibawa pergi menaiki kenderaan polis.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");