Sukan Hari Ini

Lebih 1,000 Sertai Program Mencari Ramli

MELAKA: Dianggarkan lebih 1,000 peserta dijangka menyertai program Mencari Ramli Musim Keenam, anjuran Telekom Malaysia (TM) dengan kerjasama Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) di Stadium Hang Tuah, bermula hari ini dan esok, kata Pengurus Pemasaran Sukan TM Malaysia, Suhaili Abu Bakar.

Ujarnya kehadiran memberangsangkan berkenaan dijangka bertambah pada petang ini dan esok, yang turut dihadiri peserta dari Johor, Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur.

Beliau berkata, program berkenaan adalah yang kelima selepas Seremban, Kuantan Terengganu, Kota Bahru dan seterusnya akan ke Batu Pahat pada 3 dan 4 Mac depan.

“Apa yang pasti, ramai pemain berbakat menyertai program membabitkan kategori bawah 14 tahun dan bawah 16 tahun ini.

“Mereka perlu menyertai empat ujian yang dikendalikan enam jurulatih berpengalaman. Seramai 22 pemain dalam setiap kategori di Melaka akan disenarai pendek untuk menyertai peserta lain ke latihan pusat di Kuala Lumpur, Julai depan,” katanya, lapor Berita Harian.

Sebanyak 12 lokasi pemilihan diadakan musim ini, termasuk Sabah dan Sarawak. Peserta terpilih selepas latihan pusat bakal ke Old Trafford pada Ogos untuk menjalani latihan bersama Manchester United Soccer School (MUSS), selama dua minggu.

Sementara itu, beberapa aktiviti lain diadakan pada program berkenaan, termasuk pemilihan seorang peserta berusia 18 tahun ke Old Trafford menerusi ujian sepakan penalti.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");