Jenayah

Lelaki Maut Terjun Tingkat Lima

Kuala Lumpur: Seorang lelaki ditemui maut selepas dipercayai bertindak terjun dari tingkat lima bangunan Berjaya Times Square, di sini, 8 malam tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Superintendan Habibi Majinji berkata, pihaknya menerima panggilan awam memaklumkan terdapat kejadian bunuh diri di lokasi terbabit, 9 malam tadi.

Katanya, sepasukan anggota dikerahkan ke lokasi bagi siasatan lanjut.

“Siasatan awal mendapati mangsa adalah lelaki berusia 25 tahun.

“Mangsa dipercayai bunuh diri dengan terjun dari tingkat lima bangunan terbabit.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan mayat dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat,” katanya memetik sumber harian metro.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");