Sukan Hari Ini

Liga Sepanyol paling kurang beli pemain

MADRID: Kelab Liga Sepanyol membelanjakan 18 juta euro (RM85.3 juta) bagi menandatangani pemain baharu pada pintu perpindahan Januari lalu, jumlah paling rendah direkodkan berbanding saingan utama dunia yang lain.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pengurusan Liga Sepanyol, jumlah itu rendah kerana pasukan lebih mengutamakan membawa masuk pemain yang berbakat dan mahu mengawal kewangan kelab.

Presiden Liga Sepanyol, Javier Tebas, berkata kelab tempatan kurang berbelanja kerana mereka kini lebih matang dalam menguruskan operasi kelab.

Katanya, hasil daripada langkah itu positif dengan kelab Sepanyol melakar kejayaan di pentas Eropah.

Liga Perdana Inggeris pula membelanjakan 237 juta euro (RM1.12 bilion) pada Januari lalu.

– AP

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");