Sukan Hari Ini

Lonjak semangat

Kuala Lumpur: Kehadiran semula ketua jurulatih negara John Beasley menyuntik semangat Azizulhasni Awang apabila mara ke suku akhir acara pecut individu di Kejohanan Berbasikal Asia (ACC) di New Delhi, India semalam.

Beasley tiba lewat di India susulan kematian bapanya beberapa hari sebelum saingan ACC namun kembali bersama skuad negara kelmarin.

Kehadirannya jelas melonjakkan semangat Azizulhasni untuk melakarkan masa terpantas dalam kalangan 21 pelumba pusingan kelayakan dengan catatan 10.105 saat.

“Sememangnya situasi berbeza apabila jurulatih berada di sisi, kami melakukan rutin yang sudah menjadi kebiasaan selama ini.

“Kami tidak pernah berpisah semasa perlumbaan. Kami akan berbincang, bertukar pandangan dan berbincang taktik perlumbaan. Sememangnya saya rasa bersemangat,” jelasnya yang terkandas awal acara keirin, Selasa lalu.

Menanti Azizulhasni pada suku akhir hari ini adalah Liu Jun Cheng dari China selepas pelumba kelahiran Terengganu itu mudah menyingkirkan pencabar Taiwan Shih Feng Khang pada pusingan pertama.

“Saya dapat menyimpan tenaga untuk esok (hari ini) kerana tidak terlalu sukar menentang Feng Khang. Saya berharap semuanya berjalan lancar dan sentiasa fokus,” tambahnya.

Turut melangkah ke suku akhir ialah pemenang gangsa keirin Shah Firdaus Sahrom yang menentang pelumba Jepun Wakimito Yuta.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");