Isu Panas

Mahathir Bagi Sebulan Untuk PAS Buat Keputusan

ALOR SETAR : Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) memberi tempoh sebulan bermula hari ini kepada PAS untuk memutuskan sama ada mahu menyertai pakatan harapan ataupun tidak.

Pengerusinya Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, walaupun perkara itu masih diperingkat perbincangan susulan pertemuan kedua-dua parti pada 1 Feb lepas,, keputusan segera harus diperolehi bagi menentukan strategi seterusnya.

“Kalau Pas tak nak masuk (pakatan harapan) pun, terpulanglah,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri wacana PPBM-DAP di sini, hari ini, memetik laporan Bernama.

Dalam pada itu, Dr Mahathir turut menyatakan kekesalan terhadap Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang enggan bertemu dengan Presiden bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk berbincang mengenai perkara itu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");