Perak Hari Ini

Mahathir Hanya Ikut Undang-Undang Demi Kepentingan Diri

PASIR SALAK:Bekas Perdana Menteri,Tun Dr Mahathir Mohamad didakwa sanggup meninggalkan asas perjuangan dipegangnya hanya demi kepentingan diri semata.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani merangkap Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Rahman berkata ia jelas terbukti apabila Tun Dr Mahathir bertindak keluar dari parti UMNO dan kini bersama pembangkang.

“Mahathir ini akan mengikut undang-undang melibatkan kepentingan dirinya semata..sering berubah-berubah untuk memenuhi kepentingan politiknya bagi melawan Barisan Nasional (BN) dan UMNO,”katanya kepada media hari ini.

Tambahnya tindakan Mahathir bersama-sama pembangkang hanya untuk mengumpul kekuatan politik sekaligus memperoleh kemenangan dalam pilihanraya akan datang.

“Dia tidak memikirkan kepentingan rakyat dan negara tetapi yang diutamakan sekarang menjatuhkan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak,” katanya.

Berikutan itu jelasnya, para pengundi perlu berfikir sama ada ingin memberikan keutamaan kuasa politik bagi satu pihak semata atau memikirkan perjuangan demi rakyat dan negara.

“UMNO dan BN dalam pilihanraya akan datang tetap sebagai penerus kepada kesinambungan perjuangan selama ini,” katanya.

Jelasnya setiap pentadbiran kerajaan pastinya ada kekurangan begitu juga yang dihadapi negara maju.

Bercakap mengenai soal kejayaan dan kegagalan rakyat katanya tidak boleh mengharapkan kejayaan tanpa sebarang masalah.

“Tiap kali isu 1MDB digunakan namun ia bukan bermakna penamat kepada semuanya.

“Dia (Mahathir) pernah mengendalikan beberapa perniagaan kerajaan seperti Proton sekitar tahun 1981 tahun pertama juga pernah rugi hampir RM500 juta masih dibawah Suruhanjaya Industri Berat ketika itu.

“Namun kita tambah modal dan sedikit sebanyak Proton hidup dan berkembang.. dan Ahli umno sokong dia ketika itu bagi sokongan untuk mentadbir,”katanya.

Malah persoalnya adakah ahli UMNO kini tidak boleh mengambil tindakan yang sama kepada kepimpinan Datuk Seri Najib seperti yang dilakukan kepada Mahathir satu ketika dahulu.

“Jika diberi sokongan kepadanya terus memerintah pastinya semua boleh berubah yang pasti jangan putus asa,”katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");