Panasnya Hari Ini

Mahathir Pernah Nasihati Rais Jauhi Kit Siang

KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Tan Sri Dr Rais Yatim mendakwa Tun Dr Mahathir Mohamad pernah menasihatnya agar tidak bekerjasama dengan Penasihat DAP, Lim Kit Siang pada 1993.

Memetik sumber Berita harian bagaimanapun katanya, kini bekas Perdana Menteri itu yang bekerjasama dengan Kit Siang untuk menjatuhkan Barisan Nasional (BN).

“Pada 1993, saya adalah Timbalan Presiden Parti Semangat 46 (S46). S46 dan DAP adalah sekutu dalam Angkatan Perpaduan Ummah. Tun Mahathir jumpa saya dan minta jangan bersekongkol dengan DAP kerana Kit Siang anti-Melayu dan Islam.

“Kini beliau pula bersekongkol dengan Kit Siang dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng. Saya mahu tanya, adakah Tun Mahathir lupa nasihat dia kepada saya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang Media Penganjuran Kongres Budaya 2017, di Bilik Mesyuarat Pejabat Penasihat Sosio-Budaya Kerajaan Malaysia, di Plaza Sentral, hari ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");