Panasnya Hari Ini

Mahfuz digesa isytihar keluar PAS

ALOR SETAR: Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar, digesa untuk membuktikan integritinya dengan tidak terus menggunakan nama PAS dalam kempen atau program dianjurkannya.

Memetik sumber Berita Harian gesaan itu dilontarkan oleh Pemangku Yang Dipertua PAS Kawasan Pokok Sena, Wan Romani Wan Salin, yang turut menyifatkan tindakan Mahfuz sering tampil dalam program anjuran parti pembangkang lain khususnya Parti Amanah Negara amat memalukan serta kerap menggunakan mandat rakyat sebagai tiket bersikap demikian.

Wan Romani yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Pinang, berkata walaupun menjadi Ahli Parlimen dengan kerusi PAS, Mahfuz tidak sepatutnya memperlekeh dan menempelak pemimpin sendiri yang bercanggah dengan perlembagaan parti.

“Mahfuz sepatutnya meletak jawatan sebagai ahli PAS. Jangan menjadi duri dalam daging dan menggunakan status ahli sebagai topeng, sedangkan tindakan beliau menunjukkan dirinya bukan ahli PAS berdasarkan Fasal 11 (4) kerana menentang arahan parti dan Majlis Syura.

“Tindakannya yang `makan keliling’ tidak bertanggungjawab, malah dilihat seperti orang kecewa selepas gagal memperoleh jawatan peringkat pusat.

“Sepatutnya jika ikhlas dengan parti, dia bersedia dipimpin selepas gagal memimpin tetapi dia enggan,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Terdahulu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan, mendedahkan tindakan Mahfuz yang seperti orang kecewa dan sering bersama parti serpihan PAS itu sudah dirujuk kepada jawatankuasa tatatertib parti untuk tindakan selepas menerima aduan rasmi.

Wan Romani berkata, tindakan Mahfuz yang sudah lama berjuang dan pernah dipenjarakan amat memalukan kerana gagal menunjukkan sikap pejuang yang ikhlas.

“Beliau sering mengakui mewakili parti dan penyokong. Jika benar, sebutlah nama penyokong supaya PAS Pokok Sena boleh melakukan pemutihan.

“Tindakan dan perlakuan memalukan Mahfuz sudah dihantar kepada kepemimpinan negeri malah difahamkan, ia sudah disampaikan kepada jawatankuasa tatatertib parti untuk tindakan susulan,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");