Jenayah

Mak nyah maut ditembak, ditetak

Kuantan: Lelaki berperwatakan wanita ditemui mati dipercayai ditembak dan ditetak sehingga bahagian kepalanya terkopak serta putus lima jari di Jalan Pasar, di sini, hari ini.

Memetik sumber Harian Metro mangsa yang masih belum dikenal pasti identiti dan dianggarkan berusia 20-an, maut di tempat kejadian.

Mayat mangsa ditemui oleh orang awam kira-kira 5 pagi tadi.

Sumber berkata, anggota Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang yang bergegas ke lokasi kejadian mengesahkan mangsa mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah dialaminya.

“Sehingga kini tiada sebarang tangkapan dilakukan berhubung kejadian itu,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh, mengesahkan kejadian dan memaklumkan siasatan lanjut masih dilakukan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");