Berita Hari Ini

Malaysia, Arab Saudi perkukuh kerjasama komunikasi

PUTRAJAYA – Seiring perkembangan pesat dunia teknologi maklumat dan komunikasi, Malaysia dan Arab Saudi bersetuju menambah baik dan meningkatkan kerjasama dalam bidang berkenaan, terutama yang membabitkan pertukaran berita.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata, jalinan kerjasama antara Malaysia dan Arab Saudi ini akan diperkukuhkan dengan pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) antara agensi berita kedua-dua negara iaitu Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) dan Saudi Press Agensi (SPA) hari ini.

Beliau berkata kedua-dua negara juga akan melihat semula memorandum persefahaman (MoU) yang ditandatangani antara kedua-dua negara pada 16 Disember 1982.

“Kita setuju untuk melihat semula MoU tersebut kerana banyak perkembangan telah berlaku dan fokus kedua-dua negara kini adalah untuk melihat perkara yang boleh bekerjasama,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menerima kunjungan Menteri

Penerangan dan Kebudayaan Arab Saudi, Dr Adel Zaid Al Toraifi hari ini di pejabatnya, di Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM).

–Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");