Berita Hari Ini

Malaysia mungkin usir duta Korea Utara

KUALA LUMPUR: Malaysia mempertimbang mengusir duta Korea Utara ke negara ini atau menutup kedutaannya di Pyongyang, ketika ketegangan meningkat berhubung pembunuhan abang pemimpin negara itu, Kim Jong-un, menurut seorang pegawai kanan kerajaan.

Kim Jong-nam, 46, dibunuh di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (klia2) pada 13 Februari lalu ketika sedang menunggu penerbangan ke Macau di mana beliau tinggal bersama keluarganya di bawah perlindungan Beijing.

Duta Korea Utara ke sini, Kang Chol, berkata minggu lalu negaranya “tidak boleh mempercayai” cara Malaysia menguruskan siasatan itu serta menuduh Malaysia “bersekongkol dengan kuasa luar”, rujukan kepada musuhnya, Korea Selatan.

Seorang pegawai kanan kerajaan Malaysia yang tahu mengenai isu itu berkata, ulasan Kang Chol menaikkan kemarahan Malaysia dan ia menyediakan tindak balas termasuk mengisytiharkan duta terbabit sebagai ‘persona non grata.’

Tindakan itu mungkin tindak balas paling keras Malaysia terhadap seorang diplomat asing dan bermakna Kang Chol terpaksa meninggalkan negara ini.

Sumber itu berkata, Malaysia juga mempertimbangkan pilihan lain.

Malaysia yang sehingga kini menjadi sebilangan kecil negara yang mengekalkan hubungan persahabatan dengan Pyongyang yang tersisih, mungkin menutup kedutaannya di Pyongyang atau menamatkan lawatan tanpa visa rakyat negara itu ke Malaysia.

– Reuters

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");