Berita Hari Ini

Malaysia perlu sasar kedudukan 20 terbaik dalam indeks inovasi dunia

KUALA LUMPUR: Malaysia perlu menetapkan sasaran untuk meningkatkan kedudukannya dalam Indeks Inovasi Global daripada tempat ke-35 pada 2016 kepada kedudukan 20 terbaik, kata Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nancy Shukri.

Beliau berkata sasaran perlu lebih tinggi memandangkan jika persepsi dunia meningkat, pasaran produk Malaysia juga pasti akan meningkat.

Menurutnya sasaran segera adalah untuk meningkatkan keupayaan Malaysia menjayakan inovasi dan bekerja bersama-sama untuk menjadikan inovasi sebagai budaya tempatan.

“Apapun sasarannya, sama ada jangka sederhana atau panjang, meningkatkan inovasi merupakan proses yang terus dilakukan secara berterusan.

“Melengkapkan belia kita untuk tanggungjawap akan datang merupakan usaha yang kita lakukan sebagai satu pelaburan,” katanya pada pelancaran perundingan bersemuka serta pemeteraian memorandum persefahaman dengan Yayasan Steinbeis Malaysia dan Persatuan Pengurus-pengurus Teknologi dan Inovasi, di sini pada Selasa.

Bagi membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) memperoleh sijil perindustrian, Steinbeis Malaysia akan menjalankan program perundingan selama 30 minit bagi setiap 44 PKS yang menghadiri acara hari ini.

Nancy berkata usaha meningkatkan kedudukan Malaysia dalam Indeks Inovasi Global merupakan antara aspirasi pelan Transformasi Nasional 2050 (TN50), yang meletakkan inovasi dan kreativiti sebagai bidang utama.

“TN50 merupakan komitmen kami dalam menangani cabaran dan persekitaran ekonomi yang pesat, dengan penyelidikan dan inovasi memain peranan penting dalam pertumbuhan negara,” katanya.

Nancy berkata agenda inovasi merupakan pengerak utama Malaysia, dan kerajaan komited melabur dalam pembangunan pengetahuan yang berpotensi selain kepintaran komersial untuk mewujudkan kekayaan baharu daripada kumpulan harta intelektual Malaysia.

“Sentiasa mengenal pasti jurang antara kerja-kerja penyelidikan dalam bidang akademik dan penghasilannya dalam bentuk produk yang boleh dipasarkan.
“Kesedaran untuk sentiasa menutup jurang antara pengetahuan dan kebolehpasaran, merupakan kebijaksanaan yang akan mengikat rantaian dan meningkatkan hubungan kerjasama dalam ekosistem secara menyeluruh,” katanya.

Steinbeis Malaysia ialah pertubuhan yang tidak membuat keuntungan yang ditubuhkan melalui inisiatif Agensi Inovasi Malaysia.

— BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");