Berita Hari Ini

Malaysia Sertai PacWave17

KUALA LUMPUR: Malaysia dan 40 negara lain dalam lingkungan kawasan Pasifik akan terbabit dalam latihan tsunami yang akan diadakan pada 15 hingga 17 Februari ini.

Exercise Pacific Wave 2017 (PacWave17) itu bertujuan menguji prosedur pengurusan bencana di setiap negara.

Pusat Amaran Awal Tsunami, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi satu kenyataan media malam tadi berkata, Malaysia akan menyertai PacWave17 pada 16 Februari 2017 bersama Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dengan mengadakan Latihan TableTop.

“Orang awam dinasihatkan tidak cemas atau terpengaruh dengan khabar angin yang mungkin disebarkan melalui media sosial.

“Untuk maklumat lanjut, hubungi Pusat Amaran Awal Tsunami, MetMalaysia di talian 03-79678066 atau talian Hotline MetMalaysia di 1-300-22-1MET (1-300-22-1638),” katanya, lapor Berita Harian.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");