Perak Hari Ini

Masjid Di Perak Sumbang RM154,561 Untuk Syria

IPOH : Sebanyak RM154,561 disumbangkan kepada Khairat Bantuan Kemanusian Turki bagi membantu pelarian Syria di negara bergolak tersebut termasuk di kem-kem pelarian.

Sumbangan tersebut hasil pemberian orang ramai di hampir 600 buah masjid di negeri ini dalam tempoh dua minggu.

Sumbangan terkumpul itu telah disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam, Pendidikan Islam dan Pembangunan Sahsiah negeri, Datuk Drs Mohd Nizar Zakaria kepada wakil yayasan tersebut di Malaysia, Yusuf Kara di Bangunan Darul Ridzuan, hari ini.

Nizar ketika ditemui berkata, ini adalah kutipan yang kedua selepas kutipan yang pertama disumbangkan kepada masyarakat Rohingya di Myanmar.

“Rakyat Malaysia, khususnya di negeri Perak cukup bersimpati di atas nasib umat Islam di sana yang menerima pelbagai bentuk penindasan baik dari sudut agama, bangsa atau kaum.

“Kita perlu menunjukkan solidariti ukhwah yang tinggi walaupun menerusi sumbangan. Walapun sumbangan yang terkumpul ini tidak besar, tetapi ianya ikhlas dari setiap penyumpang,”katanya.

Turut hadir ialah Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), Datuk Mohd Yusop Husin.

Ujarnya lagi, beliau turut dimaklumkan bahawa sumbangan yang disalurkan kepada Yayasan Hayrat Turkie itu akan membangunkan blok-blok bangunan bagi tujuan pendidikan bagi anak-anak Syria.

Sementara itu, Mohd Yusop berkata, kutipan berpusat yang dilakukan oleh pihaknya akan dikelolakan oleh satu jawatankuasa yang ditubuhkan.

“Ada pihak-pihak tertentu menggunakan kesusahan yang menimpa umat Islam untuk menagih simpati dan merayu sumbangan.

“Jadi, kita memperkenalkan pemungutan berpusat yang dilakukan di masjid dan ada jawatankuasa khas untuk mengelola tabung ini bagi memastikan sumbangan yang disampaikan diterima oleh mereka yang memerlukan,”katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");