Jenayah

Maut Hidu Gas Beracun

Miri: Lelaki maut dipercayai terhidu gas beracun ketika mengepam air di dalam perut tongkang di Long Temala, Marudi.

Kevin Japar, 28, dikatakan mengalami sesak nafas ketika berada dalam perut tongkang itu sebelum meninggal dunia, pada kira-kira 2 petang semalam.

Memetik sumber Harian Metro, Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Zon Miri Law Poh Kiong, berkata sepasukan anggota bomba kemudiannya dikerahkan ke lokasi kejadian.

Katanya, anggota memerlukan lebih tiga jam perjalanan melalui jalan balak untuk sampai ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan pada 4.45 petang.

Tambahnya lagi, mangsa berjaya dikeluarkan dari perut tongkang sedalam tiga meter itu, pada 10.56 malam tadi.

Operasi turut dibantu polis dan orang awam di kawasan itu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");