Jenayah

Maut Selepas Langgar Pengadang Jalan

BERUAS : Seorang pemuda berusia 24 tahun maut selepas kereta dinaiki terbabas lalu melanggar pengadang jalan di Kilometer 14 Jalan Titi Gantung-Beruas, pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 pagi itu, mangsa, Said Mohamad Fitri Sulaiman, bersama kembarnya, Said Mohamad Aidil, 24, dalam perjalanan dari arah Titi Gantong ke Beruas.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Tengku Mohd Zailan Tengku Ahmad Shah berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila kereta dipandu Said Mohamad Aidil dikatakan hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar besi pengadang jalan.

Katanya, susulan pelanggaran itu, besi pengadang jalan tertusuk ke dalam kereta di sebelah kiri hingga ke belakang.

“Akibatnya penumpang kereta berkenaan mengalami cedera parah dan meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu mengadu sakit di bahagian dada dan dikejarkan ke Hospital Seri Manjung untuk rawatan lanjut,” katanya, memetik laporan Sinar Harian.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");