Jenayah

Mayat bayi dalam tandas

Balik Pulau: Mayat bayi lelaki ditemui di dalam tandas sebuah kedai makan di Pantai Tanjung Asam, Teluk Kumbar, di sini, pagi tadi.

Memetik laporan Harian Metro, mayat bayi yang masih bertali pusat berkenaan ditemui seorang lelaki dalam kejadian sekitar jam 9 pagi.

Mayat itu dipercayai ditinggalkan di dalam tandas beberapa jam sebelum ditemui.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Superintendan Anuar Omar ketika dihubungi mengesahkan kejadian malah jelasnya mayat kemudian dihantar ke Hospital Pulau Pinang bagi tindakan seterusnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");