Jenayah

Mayat Wanita Ditemui Berdekatan Lokasi Bot Karam

KOTA KINABALU: Mayat seorang wanita ditemukan di kawasan perairan di Pulau Mengalum kira-kira 13 batu nautika dari lokasi tragedi bot karam pada minggu lepas.

Memetik sumber Mstar Online, Pengarah Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM), Laksamana Pertama Adam Aziz berkata, mayat tersebut yang lengkap berpakaian baju merah dan seluar hitam, ditemukan terperangkap di jaring ikan kira-kira pukul 9.25 pagi Sabtu.

Jelas beliau, mayat tersebut dibawa ke Kota Kinabalu pukul 12.30 tengah hari dan proses pengecaman akan dilaksanakan secepat mungkin.

“Penuman tersebut memberi petunjuk kepada pasukan penyelamat bahawa beberapa mayat mangsa tragedi bot berkenaan mungkin terperangkap di dasar laut,” katanya.

Terdahulu operasi mencari baki mangsa yang hilang iaitu lima pelancong China dan seorang krew bot memasuki hari kelapan melibatkan kawasan perairan di Sabah, Miri dan Brunei.

Pada 28 Januari lalu, sebuah bot katamaran yang membawa 31 orang termasuk 28 pelancong China dan tiga krew, karam kira-kira pukul 10 pagi selepas belayar dari jeti Tanjung Aru sejam sebelumnya.

Seramai 20 pelancong China terselamat selepas terkandas selama 32 jam manakala tiga mangsa disahkan terbunuh.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");