Perak Hari Ini

MBI Jadi Pelaksana Program 1 State 1 DCP Champion

IPOH:Bandaraya Ipoh bakal menjadi pelaksana kepada program 1 State Dealing With Construction Permits Champion (1 State 1 DCP Champion) yang lebih mesra pelabur juga membantu mengurangkan tempoh prosedur dan masa kelulusan projek pembinaan.

Menurut Datuk Bandar Ipoh, Datuk Zamri Man pihak Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) mensasarkan pengurangan jumlah 30 prosedur setakat ini kepada 12 dan tempoh masa 175 hari kepada 70 hari sahaja.

“Pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah memulakan langkah ini yang berjaya mengurangkan prosedurnya kepada 15 dan selama 76 hari sahaja, ia adalah satu contoh yang baik untuk diikuti,” katanya kepada media sejurus selepas merasmikan program tersebut di sini hari ini.

Jelasnya lagi, program ini bertujuan meningkatkan tahap kecekapan, mengurangkan tempoh masa bagi pemohonan berkaitan premit pembangunan.

“Khidmat nasihat daripada PERBADANAN Produktiviti Malaysia (MPC) juga wakil agensi swasta iaitu Persatuan Pemaju Hartanah Dan Perumahan Malaysia (REDHA) Negeri Perak merupakan satu langkah permulaan yang baik,” katanya.

Jelas Zamri lagi, 1 State 1 DCP Champion diharap membantu MBI mencapai tahap yang cemerlang dari segi pengurusan kelulusan projek juga memberi impak kepada jumlah pelaburan kepada negeri ini kelak.

Sementara itu Timbalan Ketua Pengarah MPC, Datuk Abdul Latif Abu Seman pula berkata program ini merupakan langkah cekap melibatkan urusan pembinaan di Malaysia yang lebih mesra pelabur dan pelanggan.

“Ia telah dimulakan oleh DBKL malah dalam masa lima tahun Malaysia berada di tangga ke-30 dan menjangkakan pada tahun 2020 kita boleh berada di tangga ke-10,” katanya lagi.

Tambahnya lagi program ini juga dijangka akan diperluaskan kepada peringkat negeri bermula Bandarya Ipoh sebagai satu tanda aras baru untuk kejayaannya.

“MPC berharap sebelum berakhirnya Rancangan Malaysia ke-11 (RMK11) ia akan diteruskan di seluruh negara melibatkan bandar besar termasuk Labuan dan Putrajaya,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");