Berita Hari Ini

MCPF Gesa Kuatkuasakan Akta Kanak-Kanak 2001

SEREMBAN : Ibu bapa atau penjaga yang membiarkan anak bawah umur berkeliaran pada waktu malam tanpa sebab munasabah dikenakan tindakan di bawah Akta Kanak-Kanak 2001, cadang Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Datuk Kamaruddin Md Ali.

Beliau berkata, langkah itu wajar bagi memastikan setiap ibu bapa bersikap lebih prihatin tentang anak masing-masing sekaligus mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku.

“Seperti kes kematian libatkan lapan remaja berbasikal di Johor Bahru semalam (kelmarin), bagaimana pelajar umur lapan tahun sehingga 15 tahun ke bawah masih berkeliaran sehingga 3 pagi. Jika di England, ibu bapa atau penjaga mereka sudah boleh dikenakan tindakan undang-undang.

“Akta Kanak-Kanak 2001 berhubung pengabaian ke atas kanak-kanak perlu dikuatkasakan supaya masing-masing lebih prihatin tentang terhadap anak-anak,”katanya lapor Sinar Harian.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas hadir Program Perbincangan Meja Bulat Bandar Selamat dan Kelestarian Sejagat di sini.

Hadir sama, Naib Pengerusi Kanan MCPF Tan Sri Lee Lam Thye dan Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, Muhamad Zaki Harun dan Pengarah Urusan Kumpulan Matrix Concepts Holdings Berhad, Datuk Lee Tian Hock.

Sementara itu Lam Thye pula mencadangkan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di setiap negeri supaya mengenal pasti dan menyediakan lokasi sesuai untuk aktiviti berbasikal.

“Saya rasa tiada masalah untuk golongan pelajar tubuhkan kelab bagi tujuan berbasikal kerana ia aktiviti yang sihat, sekurangnya mereka tak terlibat dengan dadah dan judi.

“Cuma paling penting adalah peranan ibu bapa untuk awasi dan pantau anak mereka. Manakala pihak sekolah pula boleh tingkatkan aspek pendidikan tentang keselamatan jalan raya,”katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");