Isu Panas

Minta Bersatu Lapor Hasil Pertemuan Dengan Pas-Amanah

KUALA LUMPUR:Setiausaha Agung Parti Amanah Negara (Amanah), Mohd Anuar Tahir meminta agar Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) melaporkan kepada ketiga parti dalam Pakatan Harapan berhubung keputusan yang telah dicapai dalam pertemuan bersama Pas.

Ujarnya, perkara tersebut selaras dengan semangat muafakat yang telah disepakati bersama dalam perjanjian persefahaman yang ditandatangani antara Pakatan Harapan dan Bersatu sebelum ini.

“Kami ambil maklum laporan media berhubung pertemuan dan Pas yang telah berlangsung semalam (kelmarin).

“Kami berpendapat sebarang perundingan bilateral Bersatu dengan pihak lain perlu dilapor kembali,” katanya dalam satu kenyataan memetik laporan Sinar harian.

Terdahulu pertemuan Pas dan Bersatu pada Rabu mencapai kata sepakat untuk menubuhkan satu jawatankuasa teknikal bersama bagi memperhalusi draf rangka kerjasama persefahaman politik kedua-dua parti.

Pertemuan itu juga boleh dianggap sebagai ‘penutup’ kepada segala kontroversi sebelum ini yang mengaitkan kedua-dua parti ini sudah tidak boleh bekerjasama.

Menerusi kenyataan bersama Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, kata sepakat itu adalah sebagai persediaan menghadapi PRU14.

Beliau dalam masa sama turut memuji keputusan Pas yang setuju menubuhkan jawatankuasa teknikal bersama Bersatu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");