Isu Panas

Minta Serah Laporan Bersatu kepada Pakatan, Prosedur Biasa

KUALA LUMPUR:Setiausaha Organisasi Parti Amanah Negara (Amanah), Suhaizan Kayat berpendapat keperluan untuk pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) membentangkan laporan berhubung pertemuan dengan Pas adalah prosedur biasa.

Malah jelasnya ia merupakan persetujuan yang telah dibuat oleh setiap parti pembangkang yang terlibat dalam ikatan Pakatan Harapan.

“Itu prosedur biasa dalam Pakatan Harapan. Setiap perkembangan dengan pihak lain akan dilaporkan dalam pertemuan akan datang.

“Saya yakin dengan kebijaksanaan barisan pimpinan Bersatu dan Pakatan Harapan. Bersatu akan memberi laporan kepada Pakatan Harapan. Kita akan nilai bersama,” katanya memetik sumber Sinar Online.

Terdahulu, pihak Amanah dilaporkan mengeluarkan kenyataan meminta Bersatu melaporkan kepada ketiga parti dalam Pakatan Harapan berhubung keputusan yang telah dicapai dalam pertemuan Pas, pada 1 Februari lalu.

Setiausaha Agung Amanah, Mohd Anuar Tahir berkata, perkara tersebut selaras dengan semangat muafakat yang telah disepakati bersama dalam perjanjian persefahaman yang ditandatangani antara Pakatan Harapan dan Bersatu menjunjung sebelum ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");