Membawang Hari Ini

Misi Selamatkan Lagu Irama Malaysia

KUALA LUMPUR: Penyanyi irama Malaysia, Noraniza Idris memperkenalkan kempen dikenali sebagai #SaveIramaMalaysia demi menyelamatkan muzik irama Malaysia daripada pupus ditelan arus zaman.

Kempen anjuran Noraniza Idris Production Ventures Sdn Bhd itu dimulakan pada 15 Januari lalu dan bakal berakhir pada 31 Ogos tahun depan.

“Ia antara usaha saya untuk memastikan Irama Malaysia tidak pupus ditelan arus zaman.

“Kempen ini membabitkan inisiatif orang perseorangan dengan menghimpunkan penggiat seni irama budaya di bawah satu bumbung persatuan yang dinamakan Persatuan Penggiat Seni Irama Malaysia (IRAMA).

“IRAMA sudah pun didaftarkan dan kini sedang menunggu kelulusan pihak berkenaan. Jika segala-galanya berjalan lancar, pada Oktober nanti, iaitu sempena bulan bahasa Kebangsaan, pelbagai aktiviti akan dijalankan bagi memperhebatkan kempen,” kata Noraniza pada majlis pelancaran single terbarunya, Wangikanlah Hatimu, di sini hari ini.

Lagu ciptaan Amir Jahari dan lirik tulisan Ahmad Fedtry Yahya itu turut menyaksikan penyanyi berusia 49 tahun berkenaan berpadu suara dengan bekas peserta program 3 Juara, Tyka.

Pada majlis itu juga, penyanyi berpengalaman ini turut menggesa persatuan artis untuk sama-sama menggembleng tenaga agar hasrat melihat irama Malaysia dapat berdiri teguh di tanah air sendiri menjadi kenyataan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");