Panasnya Hari Ini

Muhyiddin Bukan Puji UMNO Sekarang

KUALA LUMPUR : UMNO dan BN yang disebut dan dipuji oleh Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin bukanlah UMNO pimpinan Datuk Seri Najib Razak dan konco-konconya sekarang.

Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, UMNO pada hari ini dianggap sebagai pengkhianat kepada bangsa Melayu dan Malaysia dan negara.

“Apabila Muhyiddin mengaku bahawa UMNO dan BN telah membangun dan memaju negara Malaysia, maka pembodek Najib pun gembira dengan pengakuan ini.

“Bahawa kenyataan ini adalah berkenaan UMNO dan BN dahulu yang memerdeka dan membangun Malaysia, tidak segan-segan diterima sebagai kepujian kepada UMNO dan BN sekarang.

“Malaysia dahulu dikenali sebagai Asian Tiger. Tetapi sekarang Malaysia dikenali seluruh dunia sebagai negara rasuah yang tertinggi. Juga ia didakwa diperintah oleh seorang kleptokrat, iaitu pemerintahan penyamun dan penyangak yang mencuri duit rakyat,”katanya menerusi blog beliau, chedet.cc.

Terdahulu, Muhyiddin yang juga bekas Timbalan Presiden UMNO baru-baru ini dilaporkan mengakui kejayaan kerajaan pimpinan BN dalam memacu Malaysia menjadi sebuah negara membangun dan model negara Islam.

Bekas timbalan perdana menteri itu turut dilaporkan berkata, pembangunan itu diusahakan oleh BN dan Umno menerusi satu pucuk kepimpinan yang diwarisi dan tidak boleh dinafikan memandangkan Malaysia bermula sebagai sebuah negara yang tidak memiliki apa-apa selepas merdeka.

Tun Mahathir yang juga bekas Perdana Menteri turut berkata, pentadbiran dan pembangunan Malaysia sekarang ini dipandang jijik dan tidak lagi menjadi contoh kepada negara lain.

“UMNO ini dikenali sebagai kleptokrasi pimpinan penyangak dan pencuri yang memberi nama yang amat buruk kepada Malaysia diseluruh dunia.

“UMNO Najib ini adalah pengkhianat kepada bangsa Melayu terutamanya dan kepada Negara amnya. Penyokong-penyokong Najib, samada dibeli atau tidak oleh Najib, tidak kurang dari mengkhianati bangsa dan negara.

“Diperingkat akar umbi dan juga segelintir pemimpin sudah ramai yang meninggal UMNO. Tetapi masih ramai pengkhianat yang tinggal dalam UMNO,”katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");