Sukan Hari Ini

Muktamad Undur Diri Jika TMJ Sah Bertanding Kerusi Presiden FAM

KUALA LUMPUR:Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar tetap dengan pendiriannya untuk tidak bertanding bagi jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sekiranya Tengku Mahkota Johor, Tengku Ismail Sultan Ibrahim berhasrat untuk merebut kerusi nombor satu badan induk bola sepak negara itu.

“Pendirian saya tidak berubah, kalau Tengku Ismail nak bertanding maka saya tidak akan bertanding. Saya sudah bertemu ahli-ahli gabungan yang telah calonkan nama saya, jadi saya tahu apa motivasi mereka.

“Tetapi kita setuju kalau TMJ bertanding, jadi tidak perlu saya berada di situ juga. Saya ada banyak perkara lain lagi untuk dibuat,” katanya memetik sumber Astro Awani.

Terdahulu pemilihan presiden baru FAM akan berlangsung pada kongresnya 25 Mac ini.

Penyerahan borang penerimaan pencalonan bagi jawatan presiden serta jawatan-jawatan lain dibuka sehingga jam 5.30 petang hari ini, dan hanya bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) Tan Sri Annuar Musa mengesahkan penyertaannya setakat ini.

Sebelum ini, Khairy pernah memberi kenyataan sedia untuk memberi laluan kepada Tunku Ismail sekiranya Tunku Mahkota Johor itu bertanding jawatan Presiden FAM.

Bagaimanapun sebelum menarik diri, beliau mahu melihat terlebih dahulu TMJ membuat pengesahan bertanding secara rasmi.

Tunku Ismail menerusi satu status bergambar yang dimuat naik di laman rasmi Johor Southern Tigers Selasa lepas pula memberi bayangan menerima pencalonan bertanding ‘kerusi panas’ itu apabila gambar tersebut memaparkan dirinya bersama bekas pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT) Mario Gomez dengan kapsyen ‘TMJ bersama bakal jurulatih pasukan kebangsaan.’

Sehari sebelumnya, TMJ mendapat perkenan bapanya Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar untuk menerajui FAM dengan bertitah kepada anakanda baginda supaya mengubah air muka bola sepak negara.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");