Panasnya Hari Ini

“Mungkin Mahathir Mohon Maaf Kepada Anwar”

KUALA LUMPUR:Ketua Umno Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee menegaskan bahawa Umno tidak terkesan dengan pertemuan 45 minit antara bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dengan bekas timbalannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur baru-baru ini.

Malah jelasnya, pertemuan tersebut sekadar usaha Mahathir yang kini pengerusi Bersatu mendekatkan diri dengan Anwar, seteru politiknya sejak sekian lama.

“Kita tidak tahu apa yang berlaku dalam pertemuan 45 minit itu, tetapi saya tidak fikir satu ketetapan telah dicapai, mungkin berlaku tawar-menawar atau pun mungkin Mahathir memohon maaf kepada Anwar dan keluarga beliau.

“Bagi saya ianya tidak ada apa-apa, barangkali sekadar pertemuan dua bekas musuh politik,” katanya memetik laporan Sinar Harian.

Terdahulu, pada tengah hari kelmarin, Mahathir bertemu Anwar selama 45 minit di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.

Dalam pertemuan itu, kedua-dua mereka bersetuju mengenai keadaan politik semasa negara dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak harus berundur.

Tambah Syed Ali, Umno tidak tergugat sekiranya Mahathir – Anwar bergabung dan salah seorang menjadi ketua blok pembangkang.

“Pakatan pembangkang sama ada diketuai Anwar mahupun Mahathir untuk berdepan dengan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14, ianya tidak akan mengubah sokongan dan keyakinan rakyat terhadap Umno,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");