Jenayah

Murid ditemui lemas di sungai Kampung Gaal

PASIR PUTEH – Seorang murid Sekolah Kebangsaan Gaal, Adam Mukhriz Hasmi, 11, ditemui lemas ketika mandi bersama rakan-rakannya di sungai Kampung Gaal di sini, semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh, Penolong Penguasa Bomba Azhar Elmi Mustofar berkata mayat mangsa dijumpai di dasar sungai berkenaan oleh anggota bomba dan penyelamat pada jam 7.11 malam.

“Ketika kejadian jam 6.30 petang, mangsa mandi bersama-sama rakan-rakannya di sungai berkenaan sebelum dihanyutkan arus,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Azhar Elmi berkata rakan mangsa cuba menolong namun gagal dan mereka kemudiannya memberitahu penduduk kampung sebelum menghubungi pihak bomba.

Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Anis di sini untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarga untuk dikebumikan di kampung berkenaan hari ini.

–Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");