Laporan Eksklusif

MV Nautical Aliya Selamat Berlabuh Di Yangon

SETELAH tujuh hari berada di atas lautan, MV Nautical Aliya yang membawa Misi Kemanusiaan Food Flotilla For Myanmar telah berlabuh di International Multipurpose Contena Yangon Port Myanmar hari ini tepat jam 3.25 petang waktu Myammar.

Wakil Perak Today memaklumkan, Nautical Aliya mengambil masa sekitar dua jam 45 minit menyusuri sungai untuk sampai ke pelabuhan.

Atas beberapa sebab yang tidak diketahui, pelayaran dari tempat bersauh untuk menuju ke pelabuhan lewat hampir dua jam dari jadual asal.

Setiba di pelabuhan, sukarelawan yang menyertai misi itu disambut oleh Timbalan Menteri Luar, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican  yang mewakili kerajaan Malaysia bersama wakil kerajaan Myanmar,  Menteri Kebajikan Masyarakat, Bantuan dan Penempatan Sementara, Dr Win Myat Aye.

Majlis simbolik penyerahan Kit Kebersihan Misi Bantuan berlangsung lebih kurang 45 minit dan pada ketika ini proses pemunggahan sedang berjalan yang  dijangka mengambil masa tiga jam.

Dijangka Nautical Aliya akan keluar dari Pelabuhan Yangon pada petang ini sebaik sahaja proses pemunggahan ini selesai.

Nautical Aliya akan meneruskan pelayaran ke Chittagong, Bangladesh, untuk menurunkan lebih 2,000 tan makanan dan ubat-ubatan kepada pelarian Rohingya di jiran Myanmar itu.

Ia dijangka tiba di Chittagong yang juga pelabuhan komersil terbesar di Bangladesh pada Ahad ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");