Berita Hari Ini

Nafas Agih 2,000 Kit Makanan Untuk Mangsa Banjir

PETALING JAYA – Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) mengagihkan sebanyak 2,000 kit makanan telah diagihkan kepada mangsa-mangsa banjir di empat negeri terlibat iaitu Johor, Pahang, Perak dan Selangor.

Timbalan Pengurus Besar (Perkhidmatan) Nafas, Mohamad Yazif Fadil berkata, pihaknya telah menyediakan peruntukan khusus bagi Program Bantuan Banjir, #NAFASprihatin untuk membantu meringankan beban mangsa-mangsa banjir terutamanya di kawasan terjejas yang melibatkan warga peladang.

“Kit tersebut mengandungi makanan segera seperti biskut, makanan dalam tin, beras serta makanan kering jenama Peladang yang bernilai RM100 bagi setiap satu kit yang boleh bertahan selama tiga hari.

“Selain bantuan kit makanan, misi bantuan #NAFASprihatin turut menyumbangkan tenaga bagi membantu kerja-kerja pasca banjir membersihkan rumah mangsa, surau dan lain-lain premis terjejas yang memerlukan bantuan,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Mohamad Yazif yang juga Komander yang mengetuai misi bantuan #NAFASprihatin berkata, program kali ini melibatkan seramai 45 kakitangan Nafas yang menjadi sukarelawan operasi di bilik gerakan, dan pengagihan di lokasi bermula pertengahan Disember 2016, dijangka tamat menjelang pertengahan bulan ini.

“Kami akan sentiasa berkomunikasi dengan ahli peladang melalui Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) mengenai perkembangan situasi banjir serta bantuan-bantuan yang diperlukan dari masa ke semasa.

“Selain memberi fokus pada bantuan kepada ahli peladang, Nafas turut memberi sumbangan kepada mangsa-mangsa banjir yang lain melalui Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dengan membekalkan ayam mentah untuk dimasak di pusat pemindahan mangsa banjir,” katanya.

Menurutnya, misi bantuan #NAFASprihatin yang dilancarkan sejak bah besar yang melanda negara pada 2014 itu akan diteruskan dengan menyediakan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir di pusat pemindahan termasuk bantuan pasca banjir sebagai tanggungjawab sosial korporat (CSR) Nafas.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");