Laporan Eksklusif

Nautical Aliya Dapat Kebenaran Berlabuh Di Chittagong

KETUA misi kemanusiaan Food Flotilla For Myanmar, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim mengesahkan bahawa kapal yang membawa bantuan untuk masyarakat Rohingya, MV Nautical Aliya diberi kebenaran untuk berlabuh di Pelabuhan Chittagong, Bangladesh.

Bagaimanapun, Azeez berkata, rundingan masih dijalankan untuk sukarelawan dapat turun dari kapal dan dapat pergi ke tiga kem pelarian Rohingya di dua kawasan di negara itu.

Kem-kem tersebut ialah Leda Camp yang menempatkan 500 keluarga, Musuni Camp (500 keluarga) di Teknaff dan Kutupalong Camp (500 keluarga) di Ukiya.

Musuni Camp merupakan kem yang menempatkan pelarian yang berdaftar dengan UNHCR dan International Organisation Of Migrant (IMO) yang mengambil masa selama sembilan dengan menggunakan jalan darat.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");