Laporan Eksklusif

Nautical Aliya Dijangka Masuk Perairan Bangladesh Tengah Malam Ini

MV NAUTICAL Aliya dijangka memasuki perairan Bangladesh dan akan berada di Teluk Bengal, tengah malam ini selepas tiga hari meninggalkan Pelabuhan Yangon, Myanmar pada Jumaat.

Dengan kelajuan 8.3 knots dan keadan laut yang tenang, kapal yang membawa misi kemanusian Food Flotilla For Myanmar dijangka tiba di Chittagong mengikut jadual.

Food Flotilla for Myanmar’ yang dianjurkan oleh Kelab Putra 1Malaysia dan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia itu disertai 195 sukarelawan dari 12 negara melibatkan pasukan perubatan, tenaga pengajar, pengamal media tempatan dan antarabangsa serta wakil badan bukan kerajaan tempatan dan luar negara.

Nautical Aliya meneruskan pelayaran ke Chittagong, Bangladesh, untuk menurunkan lebih 2,000 tan makanan dan ubat-ubatan kepada pelarian Rohingya di jiran Myanmar itu selepas menurunkan bantuan di Pelabuhan Yangon, Myanmar pada Jumaat.

Wakil Perak Today memaklumkan, kesemua peserta misi dalam Nautical Aliya dalam keadaan sihat dan sudah boleh menyesuaikan diri dengan kehidupan di laut.

“Selain kami bersedia untuk ke Bangladesh membawa misi bantuan, kami disediakan aktiviti-aktiviti di atas untuk mengisi masa lapang kami.

“Antaranya termasuk bersenam setiap petang, Kursus Fotografi dan tayangan Video kesengsaraan Rohingya di Command Centre.

“Selain dari menghidangkan makanan setiap waktu makan di Mess Room kami juga disediakan tayangan Filem filem di layar televisyen yang tersedia di sini,”katanya.

Beliau turut berkata, pihak sekretariat yang menguruskan Misi Food Flotilla For Myanmar dari Kelab Putera 1 Malaysia dan MAPIM ternyata amat menitik berat kebajikan dan keselesaan aktivis sepanjang misi tersebut.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");