Laporan Eksklusif

Nautical Aliya Masuki Perairan Myanmar

MEMASUKI hari kelima pelayaran, kapal Nautical Aliya yang membawa pelbagai bentuk bantuan daripada rakyat negara ini kini sudahpun memasuki perairan Myanmar dengan keadaan cuaca dan laut yang baik, ia membantu memudahkan pelayaran.

Wakil Perak Today berkata, sekitar jam 11 pagi tadi (waktu Malaysia), Nautical Aliya telah dihampiri Kapal Peninjau Tentera Myanmar.

Kejadian Kapal Peninjau yang menghampiri Nautical Aliya sebentar tadi adalah perkara biasa untuk kapal asing memasuki perairan mana-mana negara dihampiri kapal peninjau untuk di siasat.

Ketua misi flotilla yang juga Presiden Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, beliau telah mendapat panggilan telefon daripada Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammudin Hussein dan pesanan Whatsapp dari Panglima Tentera Laut Malaysia bahawa kerajaan Myanmar sudah dimaklumkan tentang kehadiran Nautical Aliya.

“Pihak berkuasa Myanmar sudah maklum akan kehadiran kapal flotilla ini dan akan mengiringi dan menjaga keselamatan kami sepanjang pelayaran hingga tiba ke Yangoon,”katanya dalam sidang medianya, hari ini.

Dalam masa yang sama, Azeez berkata, pihaknya telah mendapat surat daripada pihak berkuasa Bangladesh yang memaklumkan Nautical Aliya tidak diizinkan untuk berlabuh di Teknaff bagi menghantar barangan bantuan.

“Selain itu, para sukarelawan juga tidak dibenarkan turun untuk pergi ke kem-kem pelarian Rohingya yang terdapat di sana.

“Alasan yang diberikan untuk tidak membenarkan kami berlabuh adalah atas faktor keselamatan dan faktor saiz kapal yang besar dan tidak sesuai berlabuh di perairan Teknaff,”jelas Azeez.

Walaubagaimanapun, Azeez turut berharap agar kerajaan Bangladesh dapat memberi keizinan dan kebenaran untuk menurunkan barangan bantuan serta sukarelawan ke Teknaff atas dasar kemanusiaan.

“Misi kemanusiaan Food Flotilla For Myanmar ini jelas membawa harapan dan amanah 30 juta rakyat Malaysia untuk membantu masyarakat Rohingya yang amat memerlukan makanan, barangan perubatan dan sebagainya.

“Tujuan kami ke sana juga adalah untuk membantu. Keizinan ini juga perlu untuk kami menyelesaikan misi kemanusiaan yang telahpun kami jalankan agar tidak gagal dan secara tidak langsung menghampakan harapan 30 juta rakyat Malaysia yang menyumbang untuk misi ini,”katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");