Membawang Hari Ini

Neelofa jadi duta produk 10 jenama terkenal

CANTIK, petah, bergaya. Tiga perkataan itu mungkin cukup untuk menggambarkan artis Noor Neelofa Mohd Noor.

Bahkan melihat aktiviti yang sering dilakukan; daripada menghadiri pelbagai majlis kepada dunia glamor dan sekali sekala bercuti di tempat menarik, pasti ramai yang ingin menjadi sepertinya.

Belum pun 10 tahun berada di dalam industri, sudah banyak sepak terajang yang diterima, tapi ia tidak sedikit pun melemahkan semangat wanita berusia 28 tahun ini meneruskan perjalanan sebagai anak seni.

Malah kini, Neelofa barang kali sudah boleh tersenyum bangga.

Tidak hanya dikenali sebagai pengacara dan pelakon, dia juga antara contoh usahawan yang berjaya.

Biarpun nampak sibuk, Neelofa atau mesra di sapa dengan panggilan Lofa berkata, dia bertuah kerana mempunyai team yang banyak membantu melancarkan perjalanan karier dan perniagaannya.

“Orang mungkin fikir, saya tidak ada masa untuk diri sendiri, tapi sebenarnya saya rasa bila bekerja sendiri, lebih senang untuk saya atur masa saya.

“Bila kita lakukan banyak kerja, apa yang penting sebenarnya adalah pengurusan masa.

“Alhamdulillah selain itu, saya juga punya team yang tahu fungsi dan kerja masing-masing. Macam bisnes saya ada team lain dan kerjaya seni saya ada team lain.

“Mereka inilah yang membantu menggerakkan segala kerja saya dan mereka sangat efisien,” ujarnya.

Selain sibuk sebagai pengacara, kini juri Maharaja Lawak Mega 2017, Neelofa juga bergelar duta untuk lapan jenama termasuk yang terbaru, duta untuk jam tangan, Titan.

Ditanya apakah faktor utama yang menariknya untuk menerima tawaran daripada Titan, Neelofa berkata, dia tidak hanya ditugaskan untuk menjadi duta dan jurucakap produk berkenaan tetapi juga diberi peluang untuk mereka jam tangan masa akan datang.

“Untuk design baru yang dikeluarkan ini pun, ada antaranya idea saya. Malah pihak Titan juga mengalu-alukan kerjasama saya, di mana mereka beri peluang kepada saya untuk mereka jam tangan Titan selepas ini.

“Insya-ALLAH, saya juga melihat peluang yang diberikan Titan untuk berkolaborasi bersama Naelofar Hijab selepas ini,” katanya yang menjadi duta produk Titan selama setahun memetik sumber Sinar Harian.

Tambah Neelofa, secara keseluruhannya, dia akan menjadi duta kepada 10 jenama pada tahun ini.

Kuat semangat

Dalam pada itu, ditanya mengenai usikan sesetengah pihak mengenai hubungannya dengan Fattah Amin, sehingga ada kalanya dijadikan bahan jenaka, Neelofa berkata, sebagai selebriti dia sudah terbiasa dengan perkara itu.

“Sebagai selebriti, kisah-kisah peribadi ke cinta ke macam datang sebagai pakej. Tak kira apa yang orang lakukan mereka nak tahu mengenai personal life saya.

“Tapi saya tak ambil serius apabila ada yang mengusik atau menjadikan kisah cinta sebagai bahan jenaka. Malah Nabil juga selalu mengusik saya dengan perkara sama.

“Selagi tidak menjatuhkan maruah ok sahaja. Sekadar kisah-kisah cinta tu bolehlah,” ujarnya.

Neelofa berkata, dia bagaimana berharap usikan sebegini tidak berterusan kerana bimbang orang lain muak dengan isu sama.

Bahkan peminatnya juga lebih sensitif mengenai perkara ini.

“Saya faham, drama Suri Hati Mr Pilot baru tiga bulan berakhir dan ada yang masih dalam mood sebelum ini.

“Bila peminat jumpa saya, mereka kalau boleh tak nak sebut pasal perkara lain yang boleh menyinggung perasaan. Kadang kala saya pula yang rasa lucu.

“Tapi saya bimbang juga bila sering dihidangkan dengan perkara sama, orang akan jadi bosan pula,” jelasnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");