Perak Hari Ini

NGO Perak Diseru Rebut Peluang

IPOH: Pertubuhan Badan Bukan Kerajaan (NGO) di negeri ini diseru bagi merebut dan memanfaatkan peluang yang disediakan oleh kerajaan negeri menerusi Projek Komuniti Perak 2017.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Hal Ehwal Pengguna, NGO dan Masyarakat Sivil, Datuk Samsudin Abu Hassan berkata, Program Komuniti NGO 2017 akan diteruskan dimana sekretariat akan membuka permohonan pada Jun hingga November ini.

“Melalui Pelan Tindakan Strategik NGO Kerajaan Negeri Perak 2016-2020, kita mengalu-alukan NGO di Perak untuk merebut peluang ini.

“Oleh kerana inisiatif-inisiatif serta pendekatan sebelum ini mula menampakkan hasil, pada tahun ini kita akan meneruskan program untuk NGO Perak dengan strategi pendekatan fasa kedua iaitu ‘Memperkasakan Golongan NGO’,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Penyerahan Replika Cek Projek Komuniti NGO Perak.

Sebanyak tujuh NGO menerima Geran Projek Komuniti NGOyang melibatkan geran keseluruhan berjumlah RM46,300.

Tujuh pertubuhan tersebut ialah Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia; Persatuan Kebajikan Lim Hock Chiang; Persatuan Pelancongan dan Rekreasi Chenderoh dan Kelab Rotary Bukit Merah Laketown Centennial.

Turut menerima geran tersebut ialah Persatuan Pengadil Bolasepak Kinta Tengah; Persatuan Taska Perak dan Persatuan Olahraga Daerah Larut Matang dan Selama.

Samsudin berkata lagi, siri program pembangunan kapasiti NGO akan diteruskan dan diperbanyakkan lagi pada tahun ini dengan menawarkan pelbagai jenis bidang kemahiran bermula pada Mac ini.

“Program Konvensyen NGO ialah platform untuk perbincangan serta pertemuan tahunan NGO Perak untuk membincangkan hala tuju NGO serta bertukar-tukar pendakan akan diteruskan di platform Pangkor Dialogue.

“Ini secara tidak langsung, NGO dapat mengambil peluang untuk meningkatkan jaringan mereka dengan pelbagai pihak dalam dan luar negara disamping mendapat input-input dari perbincangan dalam Pangkor Dialogue,”jelasnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");