Jenayah

Ops Tapis Bersepadu: 110 ditahan

BACHOK : Polis Kelantan berjaya melakukan 110 tangkapan dalam Ops Tapis Persepadu Ketua Polis Kelantan yang dilaksanakan pada 15 dan 16 Februari lalu.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Dr Ab Rahman Ismail berkata, ia melibatkan 88 kes yang dikendalikan oleh 10 pegawai dan 56 anggota di daerah Kota Bharu iaitu d Badang, Kubang Kerian, Ketereh, Pengkalan Chepa, Nilam Puri, Tawang dan Gunong di Bachok.

Beliau berkata, semua suspek berusia dalam lingkungan 16 hingga 44 tahun ini terlibat dengan pelbagai kesalahan dadah.

Dalam operasi itu 360 pil kuda dirampas bersama 2.07 liter ait ketum, 4 kilogram daun ketum, 1.5 mililiter metadon dan 22 biji eramin 5.

“Selain itu kita ada juga beberapa kes menarik di Jelor, Pasir Puteh apabila seorang remaja lelaki Melayu berusia 19 tahun ditahan memiliki 310 pil kuda bernilai RM3,100. Suspek disiasat mengikut Seksyen 39A (2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Manakala kes kedua melibatkan tangkapan seorang lelaki tempatan yang dipercayai pembekal pil kuda sekitar Bachok dan Melor yang memiliki 10 rekod lampau termasuk empat kes dadah di Kuantan, Pahang. Suspek memiliki 161 biji pil kuda bernilai RM1,610. Suspek disiasat mengikut Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952,”katanya, lapor Sinar Harian.

Ab Rahman berkata, dalam jihad untuk memerangi dadah, Polis Kelantan lebih komited untuk memberi ruang hanya dua kali di bawah Sekyen 15 (1) Akta Dadah Berbahaya.

Katanya, tangkapan kali ketiga suspek akan disabitkan mengikut Seksyen 39 (c) Akta Dadah berbahaya yang sabit kesalahan akan dipenjarakan minimum lima tahun dan tiga sebatan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");