Perak Hari Ini

Orang Awam Juga Perlu Jaga Kebersihan – MB Perak

IPOH : Penjagaan kebersihan di negeri ini perlu dibantu sama oleh masyarakat dan bukan hanya dilakukan oleh majlis bandaraya sahaja.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, di bandar-bandar terkenal dunia, kebersihan di sesuatu kawasan turut dilakukan oleh masyarakat.

“Saya harap, bukan hanya anggota-anggota pekerja di peringkat majlis bandaraya sahaja, tetapi juga orang ramai juga perlu menjaga kebersihan.

“Contohnya di bandar-bandar terkenal dunia. Dari aspek kebersihan, ianya juga dilaksanakan oleh masyarakat sendiri yang menjaga dan memastikan kawasan itu sentiasa bersih,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas bersama-sama dengan pekerja Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) mengutip sampah di sekitar Bandaraya Ipoh.

Sementara itu, Zambry berkata, beliau berpuas hati dengan penjagaan kebersihan yang dilaksanakan oleh MBI di bandaraya ini.

“Saya harapa mereka dapat mengekalkan dan memperbaiki bukan sahaja di kawasan yang menjadi tumpuan tetapi di seluruh Ipoh termasuk di kawasan taman-taman.

“Mungkin selepas ini kita boleh fikirkan dari segi kekerapan kutipan sampah, waktu kutipan dan sebagainya,”katanya.

Beliau berkata lagi, beliau turut mengharapkan agar kebersihan di negeri ini termasuklah Ipoh perlu diutamakan memandangkan Perak dan Ipoh dimasukkan sebagai lokasi pilihan dalam Lonely Planet.

“Mereka (pelancong) yang datang ke Ipoh melihat kebersihan di bandaraya ini merasa kagum, namun kita tidak boleh berpuas hati setakat itu sahaja.

“Maka tentuna kita di negeri ini perlu bertanggungjawab untuk menjaga kebersihan dan sebagainya,”ujarnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");