Perak Hari Ini

Orang Ramai Dijemput Meriahkan Sambutan Tahun Baru Cina Peringkat Negeri

IPOH : Orang ramai dijemput memeriahkan Sambutan Tahun Baru Cina 2017 Peringkat Negeri Perak yang akan diadakan di Arena Square, Pulau Pangkor, Jumaat ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, majlis tersebut akan turut menyaksikan keberangkatan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

“Saya ingin menjemput orang ramai untuk bersama-sama merayakan dan meraikan majlis yang akan diadakan ini.

“Sultan Perak akan mencemar duli berangkat ke majlis ini bersama-sama dengan masyarakat yang hadir,”katanya.

Dianggarkan lebih dari 5,000 pengunjung akan hadir bagi memeriahkan sambutan Tahun Baru Cina itu yang akan bermula pada jam 5.30 petang dan dijangka berakhir pada jam 11 malam.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");