Sukan Hari Ini

Orang Tidak Berjawatan Perlu Terajui FAM

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) perlu diterajui individu yang tidak berjawatan dalam mana-mana persatuan sukan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuk penjawat awam, kata bekas Naib Presiden FAM, Datuk Seri Dr Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar .

Beliau menegaskan, ia penting bagi memastikan badan induk itu dapat menjalankan peranannya dengan lebih berkesan.

Menurutnya, saranan itu dibuat berikutan banyak masalah melanda persatuan sukan dan NGO dan perlu dilihat dengan serius.

“Jika mereka ini (yang berjawatan, penjawat awam) menerajui FAM, kualiti kerja terjejas berikutan terlalu banyak terbabit dalam aktiviti luar dan di luar bidang kuasa mereka yang sepatutnya.

“Malah mungkin mereka ini mempunyai niat tertentu atau seolah-olah kejar glamor. Bila kejar glamor ada batasan tertentu. Saya pasti masih ramai calon yang ada dan berkelayakan cuma tidak diberi peluang,” katanya.

Raja Ahmad berkata, di negara maju kebanyakan persatuan dipimpin oleh orang awam dan berkelayakan berdasarkan pengetahuan serta pengalaman mereka dalam bidang berkaitan.

“Sudah tiba masanya perdana menteri mengeluarkan satu dasar kepada penjawat awam untuk tidak memegang jawatan penting dalam pertubuhan termasuk sebagai presiden.

“Cadangan ini berikutan keghairahan beberapa kakitangan kerajaan dan menteri yang berebut-rebut menjawat jawatan dalam persatuan sejak kebelakangan ini,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");